Letak iklan Google Adsense pada Blogger Header

Pada tutorial yang lepas macam mana nak letak iklan adsense pada kedudukan tengah atau dimana-mana dalam blog post telah memberi banyak manfaat kepada semua pembaca. Terdapat banyak cara untuk anda memperolehi pandapatan yang lumayan menerusi Google Adsense ini.

Kali ini kami tunjukkan bagaimana nak letak iklan pada Blogger Header. Cara ini sama sekali dengan tutorial yang lepas dengan mengubah beberapa kod pada template blog anda.


Tambah elemen baru pada "Blogger Header"

Langkah 1. Dari Blogger Dashboard, pergi ke Template dan klik pada Edit HTML. (Anda digalakkan untuk backup template anda terlebih dahulu klik pada butang Backup/Restore di sebelah kanan.)


Langkah 2. Klik dimana-mana bahagian dalam kod dan tekan CTRL + F untuk memulakan pencarian:


Langkah 3. Copy & paste kod di bawah dan mulakan pencarian

<div id='header-wrapper'>

Nota: Jika anda tidak menemuinya, sila cuba kod yang ini pula:

<div class='region-inner header-inner'>

Langkah 4. Di bawah 1 baris kod diatas, anda akan jumpa kod ini:

<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>

Langkah 5. Tukarkan Value yang bertanda merah sebagai contoh:

<b:section class='header' id='header' maxwidgets='3' showaddelement='yes'>

Langkah 6. Klik pada butang "Save Template"


Menambah iklan Adsense di atas "Blogger Header"

Langkah 7. Pergi ke Layout (di sebelah kiri) dan pada sebelah kanan pula akan terbuka seksyen baru membenarkan anda meletakkan gadget terbaru. Anda boleh masukkan iklan Google Adsense pada gadget tersebut.


Langkah 8. Klik pada "Add on Gadget" dan pilih Google Adsense.


Pilih saiz iklan yang diingini, sebagai contoh saya pilih iklan saiz 728x90 supaya nampak lebih kemas pada ruangan "Header".

Langkah 9. Klik pada butang "Save arrangement" pada sebelah kanan.



Selamat berjaya!
Previous
Next Post »